Friday, May 29, 2009
Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Semalam 29 Mei 2009, genaplah 36 tahun Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pergi meninggalkan kita bersama jasa-jasanya dalam bidang seni. Sesungguhnya beliau merupakan insan istimewa yang dianugerahkan Allah kepada negara kita Malaysia....bakatnya nan serba boleh dalam hampir kesemua bidang seni sukar dicari ganti....namanya begitu gah dan tersohor sehingga ke peringkat antarabangsa. Kehilangannya begitu dirasakan oleh segenap lapisan tak kira tua atau muda malahan melangkaui garisan sempadan ras kerana ia juga diminati oleh kaum seperti kaum TiongHua, India dan lain-lain.
Masih terngiang-ngiang di telingaku, suara abangku yang baru balik kerja di pagi 29 Mei 1973 membawa berita mengejutkan tentang kematian P.Ramlee....di tangannya ada muka depan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan berita sedih tersebut. Waktu itu usiaku baru 6 tahun (masih berhingus)....
Inilah potret terakhir P.Ramlee yang diabadikan oleh Majalah URTV sempena Pesta Filem Asia 1973 di Singapura, sekitar dua minggu sebelum arwah meninggal dunia. Gambar ini kemudiannya dijadikan cover album kompilasi lagu-lagu Alllahyarham oleh syarikat rakaman EMI (1973). Di antara lagu-lagunya ialah:
Azizah (P. Ramlee)
Satay (P. Ramlee)
*Joget Malaysia (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Bulan Mengambang (Ahmad C.B.)
*Enjit Enjit Semut (Tradisional/Ainol Jamal)
*Di Mana Suara Burung Kenari (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
*Zapin Malaysia (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
**Ketipang Payung (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Pura Cendana (P. Ramlee)
* Burung Punggok (Yusof B./S. Sudarmaji)
Entah Di Mana (P. Ramlee/A.R. Tompel)
Gambus Jodoh (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
* Duet dengan Saloma
** Duet dengan Noormadiah
Kalau diamati wajahnya dalam gambar tu, matanya berkaca-kaca, seolah-olah arwah menangis dan meratap dalam hati, tapi masih mampu mengukir senyuman terakhir buat peminatnya ........
Walauapapun sudah menjadi lumrah alam, yang hidup pasti menemui mati. Marilah sama-sama kita sedekahkan alFatihah kepada Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh..aaamin.
Wednesday, May 27, 2009
The Legend of Ahmad Jais
Duet with Salamiah Hassan - Berdebar-debar Rasa Hati (film: Cinta & Lagu 1976)
Kau Pergi Tanpa Relaku
Mengalir Air Mata
Subscribe to:
Posts (Atom)