Memories of Yesterday

Memories of Yesterday

Tuesday, November 27, 2007

The Incredible Hulk ......one of my favourites TV series

Nostalgia TV Series......Back To 60s

Masihkah kalian ingat lagi siri-siri TV yang popular sekitar tahun 60an - awal 70an seperti Time Tunnel, The Invaders, Land of The Giant, Star Trek dll?...sungguh menarik kan jalan ceritanya. Let us watch some of the intro's of the series.

Terasa seakan kembali semula ke zaman kecil2@remaja dulu kan pabila menonton siri TV seperti ini.

Sunday, November 25, 2007

Nostalgia Filem Klasik Hindi - Mera Nam Joker (Raj Kapoor)

Teringat saya akan memori masa kecil-kecil dahulu tiap kali menonton filem lakonan Raj Kapoor "Mera Nam Joker".
Here is a great song from Mera Naam Joker, one of the best Hindi movies. Gotta warn you that it is a pretty sad film, so this is not the movie to watch when you are in the mood for comedy. The song title "Jaane Kaha Gaye Wo Din".

Saturday, November 17, 2007

One of my favourite middle east singer....KAZEM AL SAHER

Beautiful video clip by Kathem Al Saher called "Qoly Ohiboka" .. enjoy!

Lagu-lagu dari Filem P.Ramlee


Penyanyi : P.Ramlee

Filem : Rachun Dunia

Lagu : Sang Rembulan

Tarikh dikeluarkan: 16 Februari 1950



Penyanyi : P.Ramlee, Aziz Sattar & S.Shamsuddin

Filem : Pendekar Bujang Lapok

Lagu : Maafkan Kami

Tarikh dikeluarkan: 21 Mac 1959




Penyanyi : P.Ramlee & Saloma(lakonan Sharifah Hanim)

Filem : Masam-Masam Manis

Lagu : Saat Yang Bahagia

Tarikh dikeluarkan: 21 Ogos 1965


Penyanyi : P.Ramlee

Filem : Sumpah Orang Minyak

Lagu : Seri Bunian

Tarikh dikeluarkan: 20 April 1958

Catatan : Pelakon yang memainkan peranan Putri Bunian ialah Mariion Willis

Friday, November 9, 2007

Tribute to Tan Sri P.Ramlee "Seniman Agung" (Legend of Malaysia)


Kali ini saya ingin mengetengahkah citra hidup seorang insan yang bergelar Tan Sri P.Ramlee AMN yang dianugerahkan Seniman Agung yang banyak menabur bakti & jasa dalam dunia seni tanahair.....dia adalah idola saya dan semua rakyat Malaysia berbilang kaum menyanjungi beliau. Walaupun patah tumbuh hilang berganti...namun tak sama dengan P.Ramlee yang telah pergi menyahut seruan Ilahi pada tanggal 29 Mei 1973. Sebagaimana lagu yang dicipta oleh beliau "DI MANA KAN KU CARI GANTI GANTI" pernah didendangkannya dalam filem Ibu Mertuaku, kini saya perturunkan di bawah ini video nyanyian Biduanita Negara Puan Sri Saloma yang merupakan isteri beliau sehingga akhir hayat.


Sebagai mengenang & mengabadikan jasa beliau, berikut saya persembahkan riwayat hidup Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


Perkahwinan

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor, seorang kerabat diraja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebakan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 1961.

Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.


Penghargaan sebelum@selepas pemergian

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan
di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, semasa hayatnya beliau dianugerahkan darjah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh YDPAgong ke3 pada 3 Jun 1964 (rujuk gambar di sebelah).

Selepas pemergian pula Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P.Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.

Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"

=====================================================================
(English Version ehsan Wikipedia Encyclopedia)
.

Tan Sri P. Ramlee (22 March 1929–29 May 1973) was a Malaysian film actor, director and songwriter. Due to his contributions in the movie and music industry, as well as in the literary scene, he is often attributed as the icon of Malay entertainment in both Malaysia and Singapore.

Biography

Ramlee was born Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh to Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim and Che Mah Hussein at his grandmother's house (now opened as P. Ramlee House) in Counter Hall (now renamed as Jalan P. Ramlee), Penang, Malaysia. Teuku Zakaria - P Ramlee's birth name. 'Teuku' is a title for descendants of noble families from Aceh of Sumatra, Indonesia. His father Teuku Nyak Puteh was a sailor from Lho' Seumawe in the province of Aceh, Indonesia.

As a child, he studied in several schools, including the famous Penang Free School. During his school days he was very active in sports, especially sepak takraw, badminton, and football.

He was married three times, the last to the singer Salmah Ismail (or Saloma) in 1961.

Career

For a list of all P. Ramlee's films see P. Ramlee filmography.

P.Ramlee's big break came on 1 June 1948 when he was spotted by Tamil film director B. S. Rajhans from Malay Film Productions of Jalan Ampas, Singapore. The director was impressed by Ramlee, and in 1949 he was cast in the film Nasib (Fate). Seven years later, Ramlee directed his first film Penarik Becha (The Trishaw Man). In 1957, Ramlee would act in the first of his Bujang Lapok (Dowdy Bachelors) comedic films, which are still popular among the modern Malay film watchers.

During his career he directed and acted in sixty-six films, and had more than 300 songs to his credit. Among his films that received awards are:

  • Best Musical Score for Hang Tuah — Third Asian Film Festival, Hong Kong (1956)
  • Best Male Actor for Anak-ku Sazali (My son, Sazali) — Fourth Asian Film Festival, Tokyo (1957)
  • Best Comedy Film for Nujum Pak Belalang (The Fortune Teller) — Seventh Asian Film Festival, Tokyo (1960)
  • Most Versatile Talent for Ibu Mertua Ku (My Mother In-law) — Tenth Asian Film Festival, Tokyo (1963)
  • Best Comedy Film for Madu Tiga (Three Wives) — Eleventh Asian Film Festival, Taipei (1964)

His final film was Laksamana Do Re Mi on 1972 and last songs and lyrics was Ayer Mata Di Kuala Lumpur on 1973 before his death.


Death

On 29 May 1973 P.Ramlee died at the age of 44 due to heart problems and was buried in Jalan Ampang, Kuala Lumpur. In 1986, in honour of his contributions to the Malaysian entertainment industry, the P. Ramlee Memorial was set up in Setapak, Kuala Lumpur. In 1982, Jalan Parry in the KL city centre has been renamed Jalan P. Ramlee in his honor. He was posthumously awarded with the honorific title Tan Sri in the early 1990s.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH BELIAU & DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLEHIN...AAMIN.